Thursday, 7 February 2013

Di Akhirat Lebih Selamat | Di Syurga Lebih Bahagia

(Yang angkuh jatuh.
Yang megah rebah)




           


(136)
‘Kematian’
Bicara Tok Ngah
25 April 2011
11.25 pagi

ARAM

Yang angkuh
akhirnya jatuh,
yang megah
akhirnya rebah
dan yang takbur
akhirnya tersungkur.
Tiada yang kebal
apabila datang ajal,
tiada yang berani
apabila datang mati
dan tiada yang luput
apabila datang maut.


Sesungguhnya
apabila datang maut
harta tidak akan mengikut
dan apabila datang ajal
dunia akan tertinggal.
Hanya di akhirat
kita lebih selamat

dan hanya di syurga
kita lebih bahagia
.
Yang beramal akan mendapat
bahagia-Nya selama-lamanya
dan yang beriman
akan mendapat rahmat-Nya
senikmat-nikmatnya.

 


 
Mereka tidak
akan merasa mati
didalamnya kecuali
di dunia.

(Ad Dukhan: 56)




 
 Arambayu 136
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment