Tuesday, 26 February 2013

Degil Buat Yang Batil | Sesat Buat Yang Maksiat

(Tak patuh terjatuh.
Tak akur tersungkur)




           


(143)
‘Berpaling’
Bicara Tok Ngah
13 Mei 2011
3.52 petang

 
 ARAM 

 
Apabila diberi nikmat
mereka berganding 
tetapi apabila diberi nasihat
mereka berpaling.
Mereka menjadi bongkak
kalau diajak
dan mereka menjadi angkuh
kalau disuruh.
Semakin degil
 semakin berbuat yang batil 

dan semakin sesat
 semakin berbuat yang maksiat


 
Ingatlah,
yang tidak patuh itu
akhirnya terjatuh
dan yang tidak akur itu
akhirnya tersungkur.
Hanya yang sentiasa beribadat
hidupnya bertambah berkat
tetapi yang sentiasa ingkar
hidupnya bertambar sukar.

 



 
Dan barangsiapa yang
berpaling dari peringatan-Ku
maka sesungguhnya baginya
Kehidupan yang sempit.

(Thaha: 124)





 
Arambayu 143
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment