Tak sudah dengan niat.
dibuat baru dapat.
Tak sudah dengan kata
dibuat baru tercipta.
Tak sudah dengan cakap
dibuat baru siap.
Tak sudah dengan celoteh
dibuat baru boleh.
Tak sudah dengan janji
dibuat baru jadi.
Tak sudah dengan sumpah
dibuat baru sudah.
Tak sudah dengan mahu
dibuat baru tahu
Tak sudah dengan diam
dibuat baru faham.
Tak sudah dengan masalah
dibuat baru mudah.
Tak sudah dengan bertengkar
dibuat baru sedar.
Tak sudah dengan bertikai
dibuat baru selesai.
dibuat baru tahu
Tak sudah dengan diam
dibuat baru faham.
Tak sudah dengan masalah
dibuat baru mudah.
Tak sudah dengan bertengkar
dibuat baru sedar.
Tak sudah dengan bertikai
dibuat baru selesai.
Ilham Aram 145
25 Februari 2013
12.50 tengah hari
25 Februari 2013
12.50 tengah hari
No comments:
Post a Comment