Friday, 18 January 2013

Warak Tak Riyak | Alim Tak Zalim

(Asyik tak serik.
Khusyuk tak maksyuk)


   




(II)

Kalau sabar
takkan bertengkar.
Kalau tabah
takkan berbalah.
Kalau cakna
takkan menganiaya.
Kalau peduli
takkan membenci.

Kalau serik 
takkan asyik.
Kalau khusyuk
takkan maksyuk.
Kalau mampu
takkan merayu.
Kalau hendak
takkan terdesak.
Kalau warak
takkan riyak
.
Kalau alim
takkan zalim
.


 
 

 
Ilham Aram 131
18 Januari 2013
5.35 petang

No comments:

Post a comment