Friday, 11 January 2013

Tak Bermula Dek Curiga | Tak Menjadi Dek Sangsi

(Mencebik tak berbaik.
Bertikai tak berdamai)


   




(II)

Takkan berbaik
kalau saling mencebik.
Takkan berdamai
kalau saling bertikai.
Takkan bersalam
Kalau saling berdendam.

Takkan bersetuju
kalau saling menipu.
Takkan bersabar
kalau saling mencabar.
Takkan menunduk 
kalau saling mengutuk.

Takkan bermula
kalau saling curiga.

Takkan bermuafakat
kalau saling berkhianat.
Takkan menjadi
kalau saling bersangsi.

Takkan berfaedah
kalau saling menyalah.

 
 


 Ilham Aram 127
11 Januari 2013
3.55 petang

No comments:

Post a comment