Thursday, 10 January 2013

Mengumpat Tak Dapat | Meleceh Tak Boleh

(Cakap tak siap.
Bantah tak sudah)





(I)

Takkan siap
kalau hanya bercakap.
 Takkan sudah 
kalau hanya membantah.
Takkan selesai
kalau hanya pertikai.

Takkan dapat
kalau hanya mengumpat
.
Takkan boleh
kalau hanya meleceh
.
Takkan berhasil
kalau hanya berdegil.

Takkan berfaedah
kalau hanya bertelagah
Takkan bermanfaat
kalau hanya berkhianat
Takkan beruntung
kalau hanya menaggung.


 


Ilham Aram 126
10 Januari 2013
11.55 pagi

No comments:

Post a Comment