Monday 31 December 2012

Cegah Untuk Berpantang | Marah Untuk Melarang

(Kalah senang.
Susah menang)


  




(I)

Tambah dahulu
kurang kemudian.
Hujah dahulu
bangkang kemudian.
Bantah dahulu
bincang kemudian.
Cegah dahulu
pantang kemudian
.
Terjah dahulu
timbang kemudian.
Marah dahulu
larang kemudian
.

Tongkah dahulu
berenang kemudian.
Susah dahulu
senang kemudian.
resah dahulu
tenang kemudian.
Kalah dahulu
menang kemudian.
Lapah dahulu
cincang kemudian.


 


Ilham Aram 118
31 Disember 2012
12.50 tengah hari

1 comment: