Monday, 24 December 2012

Beringat Kerana Akhirat | Terpesona Kerana Dunia

(Kerana harta leka.
Kerana kuasa merajelela)



           
(111)
‘Keduniaan’
Bicara Tok Ngah
26 Mac 2011
12.33 tengah hari

 ARAM 

Yang mencintai akhirat
sentiasa beringat
tetapi yang mencitai dunia
sentiasa terpesona.
Kerana harta
mereka sentiasa leka
dan kerana kuasa
mereka sentiasa merajalela.


Sesungguhnya
hanya yang akur
sentiasa bersyukur,
hanya yang reda
sentiasa bertakwa,
hanya yang cekal
sentiasa beramal
dan hanya yang taat
sentiasa beribadat.

 

  Mereka itulah
hatinya, pendengarannya
dan penglihatan (untuk
dunia) dikunci Allah.

 (An Nahl: 108)

 


 Arambayu 111
Teratak Seriteratai






No comments:

Post a Comment