Tuesday, 6 November 2012

Munajat Biar Bertaubat | Ibadah Biar Berubah

(Buat baik  dipuji.
Buat jelik dikeji)


        

(87)
‘Kebaikan’
Bicara Tok Ngah
6 November 2010
 1.11 petang 

ARAM

Yang buat baik itu
sentiasa dipuji
tetapi yang buat jelik itu
sentiasa dikeji.
Kalau selalu berbuat baik
orang akan lupa perbuatan jelik
dan kalau selalu berbuat ibadat
orang akan lupa perbuatan jahat.
Justeru sekali bertaubat 
 biar selama-lamanya 
kita bermunajat 
dan sekali berubah
biar selama-lamanya 
kita beribadah.

 

 

  
Sesungguhnya
perbuatan baik itu
menghapuskan (dosa)
perbuatan yang buruk.
(Hud: 114)


 


 Arambayu 86
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment