Friday 12 October 2012

Tadbir Yang Tersurat | Takdir Yang Tersirat

(Mencari itu rezeki.
Mendapat itu berkat)

 
 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 
 
 
 
ILHAM MINDA 31
MEMBUAI RASA MEMBELAI KATA
 (Short saying drawn from long experience)

1

Tadbir yang tersurat
tetapi takdir yang tersirat dan kadar yan di-
takbir tetapi qadar yang ditakdir.

2

Jangan tumbang kerana
bimbang, jangan tewas kerana waswas dan
jangan kalah kerana masalah.

3

Yang bebas apabila
terbabas menjadi buas manakala yang buas
apabila terlepas menjadi ganas..

4

Sesungguhnya yang kita
cari itu rezeki, yang kita dapat itu berkat dan
yang kita sedekah itu ibadah.

5

Yang susah menjadi
akur apabila bersyukur tetapi yang mewah
menjadi kufur apabila takbur.
 
 
 Aram 31(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment