Monday, 22 October 2012

Rahsia Jadi Pendiam | Rahsia Jadi Pendendam

(Rahsia hilang suara.
Rahsia datang cela)

   


Jangan terlalu berahsia
nanti orang tak percaya
dan jangan terlalu berahsia
nanti orang tak suka.
Rahsia menjadikan
kita tak selesa,
rahsia menjadikan
kita hilang suara
dan rahsia menjadikan
kita syak wasangka.
Kerana rahsia kita
menjadi pendiam,
kerana rahsia kita
menjadi pengecam
dan kerana rahsia kita
menjadi pendendam.



  Ilham Aram 76
22 Oktober 2012
11.20 malam

2 comments: