Thursday, 27 September 2012

Mahu Baik Bersetuju | Hendak Baik Bertindak

   (Bincang terancang.  
       Muafakat berbuat)      


(47)
‘Musyawarah’
Bicara Tok Ngah
  15 September 2010 
11.30 pagi

ARAM

Apa yang kita bincang
sama-sama kita rancang
dan apa yang kita muafakat
sama-sama kita buat.
Yang kita mahu itu
sama-sama kita bersetuju
dan yang kita hendak itu
sama-sama bertindak.
Sesungguhnya
matlamat itu muafakat.

 
Hendaklah kamu
bermusyawarah
dengan mereka
dalam urusan itu.
(Ali Imran: 59)

 


Arambayu 47
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment