Saturday, 1 September 2012

Dibiar Kian Mencabar | Dipendam Kian Mengancam

(Semasa kecil degil
Apabila besar ingkar)

 
 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 
 
ILHAM MINDA 25
BERADUN RASA BERALUN KATA
(Short saying drawn from long experience)

11

Ingat sekali lupa berkali-kali, buat se-
kali leka berkali-kali dan dapat sekali kece-
wa berkali-kali.

12

 Diajar tidak dengar, ditegur tidak akur,
dinasihat tidak ingat, dimarah tidak endah
dan dipujuk tidak tunduk.

13

Semasa kecil dia degil maka apabila
besar dia menjadi ingkar dan apabila tua
dia menjadi hina.

14

Anak banyak kehendak, isteri ba-
nyak berjanji dan saudara banyak meminta
dan sahabat banyak nasihat.

15

Makin dibiar makin mencabar,
makin diluah makin menyanggah dan ma-
kin dipendam makin mengancam.


Aram 25(c)
Teratak Seriterai





No comments:

Post a Comment