Wednesday, 8 August 2012

Persamaan Perkongsian | Perbezaan Kesangsian



LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 

  ILHAM MINDA 13

TERLINTAS RASA TERLEPAS KATA

 (Short saying drawn from long experience)

6.
Sekali gagal  biar selama-lamanya cekal

dan sekali kalah biar selama-lamanya tabah.
7.
Jika buat  tidak sama dengan yang diniat

maka dapat tidak sama dengan yang dibuat.
8.
Ada apa pada rupa jika tidak berbahasa

dan apa ada pada gaya jika tidak berharta.
9.
Lebih  baik  kita buat  apa yang kita  tahu

dan lebih baik kita dapat apa yang kita mahu.
10.
Persamaan itu  mewujudkan  perkongsi-

an tetapi perbezaan itu mewujudkan kesangsian.

Aram 13/1(b)
Teratak Seriterai




No comments:

Post a Comment