(Deny The Reality
and Defy The Destiny)
Friday 19 April
2013, 2.15 pm
(tabah apabila
susah dan sabar apabila sukar)
Khutbah Jumaat: Hikmah di sebalik Ujian. Sentiasa tabah apabila susah dan sentiasa sabar apabila sukar. Ada hidayah di sebalik yang susah dan ada iktibar di sebalik yang sukar. Namun, dalam keadaan surau yang semakin dililit pohon renek liar dan dalam keadaan masjid yang semakin kurang makmumnya. Jiwa kita seakan-akan kosong tanpa pengisian. Kadang-kadang semakin mendesak tanpa tujuan, just soul in greed. Semakin terdesak semakin melakukan perkara yang sia-sia (foul in deed). Apakah ini ujian Allah? Apakah kita akan diberi hadayah? Yet we cannot deny the reality and we cannot defy the destiny.
Lalu teringat ungkapan: ‘sembahyanglah kamu sebelum
kamu disembahyangkan’. Apakah kita hanya memahami yang tersurat tetapi tidak
merasai ‘final touch’ yang tersirat. Semacam ada kekalutan dan kecemasan. Ada Ketakutan
dan kelemasan. Oh Tuhan, semakin terasa. Cuaca berubah-ubah, angin semakin panas, laut
semakin bergelombang dan hujan semakin menjadi-jadi. Apakah petanda sudah memberi isayarat? Isyarat
yang sudah tersurat! Maka sesungguhnya apabila
pandangan semakin kabur dan iman semakin luntur. Dunia tiba-tiba hancur, dan lebur.
For sure, there is no turning back, maka beruntunglah orang-orang yang tidak
meninggalkan sembahyangnya.
No comments:
Post a Comment