|
2 Tahun 5 Bulan |
|
3 Tahun 5 Bulan |
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all
men’s wisdom)
ILHAM MINDA 188
BERIKRAR RASA BERIKHTIAR
KATA
(Short saying drawn from
long experience)
31
Kadang-kadang
semakin nakal semakin jahat
tetapi semakin kesal semakin taubat.
11.1.2008
25 Pengusaha Bas
32
Kalau menyesal
kejahatan akan tinggal
tetapi kalau berulang kejahatan akan datang.
11.1.2008
“Alami Kerugian”
33
Kaki yang terluka
masih nampak berdarah
tetapi hati yang berduka lebih banyak berserah.
11.1.2008
Permainan Komputer
34
Yang berleka-leka itu
menjadi mangsa manakala
yang berangan-angan itu menjadi korban.
11.1.2008
“Menjejaskan Otak”
35
Kebiasaan menjadikan
hidup tanpa semangat dan
keselesaan men-jadikan hidup tanpa matlamat.
11.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 25
36
Kadangkala kemung-
kinan itu menjadi keyakinan
dan kebarangkalian itu menjadi kepastian.
11.1.2008
“Balasan Atas Usaha”
37
Buat acap-acap jadi
cekap, buat gilir-gilir jadi
mahir dan buat ulang-ulang jadi cemerlang.
12.1.2008
Bantuan 100 Juta
38
Kadangkala orang
yang diam itu kuat bekerja
dan orang yang berazam itu kuat berusaha.
12.1.2008
“Ihsan Mangsa Banjir”
39
Kadang-kadang
kerana mata hati itu
terlalai dan kerana cinta budi itu tergadai.
12.1.2008
Cuepac 1.2 Juta
40
Yang berahsia itu
banyak berdalih manakala
yang terbuka itu banyak memilih.
12.1.2008
“Boikot Roti Canai”
Seri Teratai
Pulau Bahagia
|
No comments:
Post a Comment