|
2 Tahun 3 Bulan |
|
3 Tahun 5 Bulan |
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all
men’s wisdom)
ILHAM MINDA 188
BERIKRAR RASA BERIKHTIAR
KATA
(Short saying drawn from
long experience)
21
Dalam syarat
ada isyarat, dalam pesan ada
harapan dan dalam amanat ada matlamat.
9.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 23
22
Kalau tersalah tafsir
maka tersalah bincang
dan kalau tersalah tak-
sir maka tersalah rancang.
9.1.2008
“Menetap Hukum”
23
Kalau tidak mahu
apa yang dibuat terpaksa
dan kalau tidak tahu apa yang dibuat tergendala.
10.1.2008
Denda RM106.000
24
Jangan sekali-kali
bersetuju kalau tidak
sah dan jangan sekali-kali mengaku kalau tidak salah.
10.1.2008
“Sorok Minyak Masak”
25
Kadang-kadang
kerana biasa mereka tidak
kisah dan kerana selesa mereka tidak berubah.
10.1.2008
Profesyen Guru
26
Kerana keselesaan
lama-lama menjadi lalai dan
kerana kebiasaan lama-lama menjadi perangai.
10.1.2008
“Tagih Kejujuran”
27
Yang terkontang-
kanting itu baik didamping
dan yang terumbang-ambing itu baik dibimbing.
10.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 24
28
Orang yang tua itu
hendaklah dibantu manakala
orang yang muda itu hendaklah dipandu.
10.1.2008
“Mereka Diperdayakan”
29
Yang nakal jangan
disindir tetapi dibimbing
dan yang bebal jangan dipinggir tetapi didamping.
11.1.2008
Khutbah Jumaat
30
Kadang-kadang makin
meminta maaf makin beringat
dan makin me-
rasa insaf makin bertaubat.
11.1.2008
“Cabaran Hijrah”
|
Krabi
Thailand |
|
No comments:
Post a Comment