Monday, 19 January 2015

169A: Jangan Gunakan Mulut Untuk Mencarut | Jangan Gunakan lidah Untuk Menyumpah



(Hati Terlalai.
Budi Tergadai)







26/3/2014 
Shinjuku Gyoen National Garden 
is a large park with an eminent garden 
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(berkibar rindu)



ILHAM MINDA 169
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERCINTA RASA BERCITRA KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)



1
Berbangga jika dirinya disanjung tetapi
mencela jika hatinya disinggung.

2
Yang ingin kaya mudah terpedaya dan
yang ingin muda mudah tergoda.

3
Yang patuh mudah terpengaruh tetapi
yang engkar mudah bertengkar.


4
Menjadi sangsi apabila tidak pasti dan
menjadi waswas apabila tidak jelas.

5
Jika tak ada hal jangan menyoal dan
jika tak ada sebab jangan menjawab.


6
Yang gagah jangan suka mencabar dan
yang lemah jangan suka menyelar.
   
7
Jangan  mendesak untuk memihak dan
jangan berbohong untuk menyokong.


8
Jangan memaksa untuk bersetuju dan
jangan mendera untuk mengaku.

9
Usah guna mulut untuk mencarut dan
usah guna lidah untuk mennumpah.

10
Kadangkala kerana hati mudah terlalai
dan kerana budi mudah tergadai.






26/3/2014
The garden, which is 58.3 hectares    
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.   


(berlayar mimpi)  







Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.




Aram 169(a)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment