Saturday, 24 January 2015

170B: Di Sebalik Keramahan Ada Muslihat | Di Sebalik Kemarahan Ada Nasihat



(Lidah Kelu.
Wajah Keliru)






26/3/2014 
Shinjuku Gyoen National Garden 
is a large park with an eminent garden 
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(rindu berulang)




ILHAM MINDA 170
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERCURANG RASA BERCABANG KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


11
Kalau tak bercermat hidup tergugat dan
kalau tak berawas hidup terjejas.


12
Jangan bertindak apa yang ternampak
tetapi siasat apa yang dilihat.

13
Walau tahu lidah sentiasa kelu dan wa-
lau mahu wajah sentiasa keliru
.


14
Lebih baik disangsi apa yang disaksi dan
lebih baik disiasat apa yang dilihat.

15
Jangan menuduh kerana terpengaruh dan
jangan bertindak kerana berpihak.


16
Yang gagal kehilangan akal manakala
yang kalah kehilangan helah.

17
Tersalah asuh anak menjadi angkuh dan
tersalah didik anak menjadi jelik.


18
Di sebalik keramahan ada muslihat  tetapi
di sebalik kemarahan ada nasihat.

19
Yang cepat bertenang itu menang dan
yang cepat menggelabah itu kalah.

20
Jika ramai bergantung baik bergabung dan
jika ramai membantu baik bersatu






26/3/2014
The garden, which is 58.3 hectares    
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.   


(mimpi berselang)   







Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.



Aram 170(b)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment