Sunday 11 May 2014

Setiap Gaya Ada Maknanya | Setiap Makna Ada Rupanya

(Tanam Dituai.
Azam Dicapai)





ILHAM MINDA 107
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
IMPIAN RASA IGAUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Yang beringat-ingat lebih cermat dan
yang berhati-hati lebih teliti.


    42
Yang mahir takkan putus fikir dan yang
pakar takkan putus ikhtiar.

43
Orang Yang malas cepat puas dan org
yang lemah cepat lelah.


44
Yang berpada-pada berwaspada tetapi
yang berpura-pura berleka. 

45
Yang disemai itu yang dituai dan yang
 ditanam itu yang diketam.

46
Yang ditanam itu yang dituai dan yang
 diazam itu yang dicapai
.
   
47
Jika mahu usah terburu-buru dan ji-
ka hendak usah teragak-agak.


48
 Suka jangan leka, mahu jangan malu 
dan hendak jangan bentak.

49
Kalau berkehendak seribu cara dan
kalau bertindak seribu daya.


50
Tiap bahasa ada gaya, tiap gaya ada
makna
dan tiap makna ada rupa.



 
Aram 107(e)
Teratak Seriteratai





No comments:

Post a Comment