Sunday 11 May 2014

Kerana Kawan Rela Berkorban | Kerana Sahabat Rela Melarat

(Sabar Ikhtiar.
Marah Masalah)





ILHAM MINDA 107
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
IMPIAN RASA IGAUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Jika buat sekali kita silap tetapi jika
buat berkali-kali kerja siap.

 
 52 
 Buat sekali kerja terbengkalai tetapi 
buat berkali-kali kerja selesai.

53
Ada muafakat kerja selesai tetapi ada
muslihat kerja terbengkalai.


54
Setuju saling berganding bahu tetapi
berbalah saling berpaling arah. 

55
Yang bertanding tak berundur dan
yang berpaling tak menegur.


56
Kerana kawan rela berkorban dan
kerana sahabat rela melarat.
   
57
Jika bersaudara maruah dijaga dan
jika berkeluarga maruah dibela.


58
Yang berbalah banyak masalah dan
yang bermasalah banyak helah.

59
Adakala jadi kuat kerana semangat
dan jadi gagah kerana tabah.


60
Yang sabar dapat ikhtiar tetapi yang
marah dapat masalah
.


 







Aram 107(f)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment