Tuesday, 1 April 2014

Tak Sesuai Jangan Dipertikai | Tak Serasi Jangan Dikeji

 (Kalah Bersalah. 
Menang Terhutang)




ILHAM MINDA 98
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
31
Jika serik jangan pinta yang pelik dan jika
asyik jangn pinta yang jelik.


32
Kalau menyangkal biar di pangkal dan ka-
lau menghitung biar di hujung.

33
Jika tak sesuai jangan dipertikai dan jika
tak serasi jangan dikeji
.


34
Yang pendek dibelek-belek tetapi yang
panjang dipandang-pandang.

35
Jika rugi jangan cuba bersembunyi dan
jika untung jangan cuba melaung.


36
Yang yakin kerja tak main-main tetapi
yang malas leka tak puas-puas.
   
37
Jika banyak berlaku kita tak tahu dan
jika banyak terjadi kita tak pasti.


38
Yang berjanji dikejar mimpi dan yang
bersumpah dikejar tulah.

39
Yang kalah rasa bersalah dan yang me-
nang rasa terhutang.

40
Yg berhanyut tak dapat berpaut dan yg
terapung tak dapat bergantung.



 
Aram 98(d)
Teratak Seriteratai





No comments:

Post a comment