Sunday, 30 March 2014

Jika Berdua Mereka Tetap Bersetia | Jika Bertiga Mereka Kerap Berlaga

(Mewah Sesat.
Susah Melarat)





ILHAM MINDA 98
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Menongkah ke hulu berhanyut ke hilir dan 
melangkah dahulu mengikut tercicir.
22
Daripada tersesat dalam kemewahan lebih 
baik melarat dalam kesusahan.

23
Orang muda berhanyut kerana cinta dan 
orang tua berpaut kerana harta.

24
Yang berhutang menggali lubang tetapi yg
berwang mencari peluang.

25
Guna umpat untuk dapatkan ikan dan gu-
na harta untuk dapatkan laba.


26
Anak buat pahala ibubapa dapat laba tp
anak buat dosa ibubapa dapat bala.
   
27
Kerana harapan rela menjadi korban dan
kerana harta rela menjadi mangsa.


28
Dapat laba sama-sama menghitung dan
dapat bala sama-sama menanggung.

29
Jika berdua mereka tetap bersetia tetapi ji-
ka bertiga mereka kerap berlaga.


30
Jika takut jangan dengar yang karut dan
jika cemas jangan dengar yg ganas.




 
Aram 98(c)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a Comment