Thursday, 3 April 2014

Tak Berbudi Dipandang Keji | Tak Berbahasa Dipandang Hina

(Bisu tersesat.
Malu Melarat)




ILHAM MINDA 98
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Jalan seiring jika saling serasi tetapi jalan
berpaling jika saling membenci.


42
Yg pintar bermain dengan katanya dan yg
pakar bermain dengan caranya.

43
Yang kalah tersilap mentadbir dan yang
salah tersilap mentafsir.


44
Jika susah jangan mengecam dan jika ka-
lah jangan berdendam.

45
Buat lalai kerja tak selesai dan buat mu-
dah kerja tak sudah.

46
Tak berkira kerja tak berjaya dan tak ber-
hitung kerja tak beruntung.
   
47
Yang tak yakin suka main-main dan yg
tak percaya main suka-suka.

48
Yang bisu jalannya kian tersesat dan
yg malu jalannya kian melarat.

49
Takkan penat jika berminat dan takkan
berpeluh jika patuh.


50
Tak berbudi dipandang keji dan tidak
berbahasa dipandang hina
.

 




Aram 98(e)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment