Saturday, 5 April 2014

Jangan Salahkan Takdir Jika Terpinggir | Jangan Salahkan Suratan Jika Terbeban

(Dikawal Bebal.
Dikurung Murung)





ILHAM MINDA 98
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
51
Tak betah jangan cuba membantah dan tak
tahan jangan cuba melawan.


52
Jika tak sesuai jangan pertikai dan jika tak
serasi jangan berkelahi.

53
Tak dibimbing terumbang-ambing dan tak
bersaing terkontang-kanting.


54
Jangan salah takdir jika terpinggir dan
Jangan salah suratan jika terbeban.

55
Barang banyak pedagang yg borong tp
hutang banyak orang kena lelong.


56
Jangan dilurutkan padi yang basah dan
jangan diturutkan hati yang marah.
   
 57 
 Di laut yg dalam mereka tenggelam dan 
di sungai yg deras mereka lemas.


58
Terlalu dikawal menjadi bebal dam terla- 
lu dikurung menjadi murung.

59
Teman untuk dapatkan pandangan dan
 sahabat untuk dapatkan pendapat.

60
Kakak jadi kawan berborak dan abang
jadi kawan bersembang.



 
Aram 98(f)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a comment