Sunday, 9 March 2014

Yang Terdesak Kuat Menyalak | Yang Tersepit Kuat Menggigit

(Rujuk Bawa Diri.
 Pujuk Bawa Lari)





ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


51
Letak harga jika ramai yang asyik tp tak
berharga jika ramai yang mencebik.

52
Akan dilayani jika dihormati dan akan
disegani jika ditaati.


53
Yang terdesak lebih kuat menyalak dan
yang tersepit lebih kuat menggigit.

54
Berhati-hati jika orang berbudi dan ber-
jaga-jaga jika orang berjasa.


55
 Lemah lembut orang jadi hanyut dan 
lemah gemalai orang jadi lalai.

56
Dilentur jangan patah, ditegur jangan
marah dan dihulur jangan pasrah.

   
57
Tak dapat dipujuk jangan dipaksa dan
tak dapat ditakluk jangan disiksa.

58
Tak dapat rujuk jangan bawa diri dn tak
dapat pujuk jangan bawa lari
.


59
Tak dapat dijolok jangan disogok dan
 tak dapat dikelek jangan dibodek.

60
Termakan budi berhati-hati dan terma-
kan sogok menyorok-nyorok.




 
Aram 96(f)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a comment