Sunday, 9 March 2014

Yang Bercinta Banyak Meminta | Yang Berkasih Banyak Memilih

(Lambat Beringat.
 Perlahan Bertahan)





ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Diam menjadikan kita bijaksana dan fa-
ham menjadikan kita saksama.


42
Kalau yang diam itu dapat faham ma-
ka yang senyap itu cepat siap.

43
Biar hodoh jangan sesekali bodoh dan
biar gagal jangan sesekali bebal.


44
Jangan mengecil orang bodoh dan ja-
ngan memencil orang hodoh.

45
Tersalah duga menelan kata dan tersa-
lah sangka bermasam muka.


46
 Baik perlahan asalkan bertahan dan 
baik lambat asalkan beringat.
  
47
Jika didaki tak sampai kemuncak ma-
ka dijanji tak capai kehendak.


48
Kaki bertapak jejak ke bumi dan hati
 melonjak kehendak menjadi.

49
Jika tinggi tak tercapai tangan maka
janji menggapai angan-angan.


50
Yang bercinta banyak meminta dan
 yang berkasih banyak memilih. 




 
Aram 96(e)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment