Thursday, 27 February 2014

Yang Bercita-Cita Mengejar Harapan | Yang Bercinta Melakar Angan-Angan

(Lembab Tak Jawab.
Lembam Tak Faham) 

 



ILHAM MINDA 95
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EMPANGAN RASA ERANGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


41
Terlalu sayang mudah mengalah dan terlalu
bimbang mudah menggelabah.

42
Bercinta usah mudah putus asa dan berka-
wan usah mudah putus harapan.


43
Yg bercita-cita mengejar harapan tetapi yg
bercinta melakar angan-angan
.

44
Terlalu asyik mati dalam celik dan terlalu
berahi mati dalam keji


45
Yang bercinta terpaksa berahsia tetapi yg
bercinta-cita setiasa terbuka.

46
Berjudi tak selamanya menang dan ber-
joli tak selamanya senang.
   

47
Jauh itu rasa ingat itu mimpi dan sung-
guh itu kata buat itu realiti.

48
Jika yang dikata itu hanya janji maka yg
 dikota itu hanya mimpi. 


49
Yang malas buat kerja tak ikhlas dan yg
lalai buat kerja tak selesai.

50
Yang lembab lambat menjawab dan yg
lembam lambat faham
.




 
Aram 95(e)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment