Thursday, 27 February 2014

Ramai Bersuara Untuk Menjadi Juara | Ramai Bersandiwara Untuk Menjadi Wira

(Berbunyi Sepi.
Berlagu Rindu) 

 


ILHAM MINDA 95
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EMPANGAN RASA ERANGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

 
51
Kalau berjanji takkan menjadi maka kalau
bersumpah takkan bersudah.


52
Tak pandai menyanyi salahkan lirik dan tak
pandai menari salahkan musik.

53
Ramai bersuara untuk jadi juara dan ramai
bersandiwara untuk jadi wira
.


54
Dunia orang kaya penuh cabaran dan du-
nia orang papa penuh kesabaran

55
Tenang orang kaya satu pelarian dan se-
nang orang papa satu pencarian.


56
Si Papa terpakau dalam gemerlapan tp Si
Kaya menggagau dalam kegelapan
   
57
Manusia mudah tersilau oleh sinaran dan
mudah terpukau oleh kebenaran.


58
Jika geram jangan buat-buat ragam dan
 jika marah jangan buat-buat latah. 

59
Tak berbunyi jangan menjadi sepi dan tak
 berlagu jangan menjadi rindu
.


60
Menjadi kejam kerana rindu dendam dn
menjadi keji kerana rindu berahi.


 
Aram 95(f)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment