Tuesday, 25 February 2014

Ulang-Ulang Buat Datang Minat | Alang-Alang Buat Hilang Semangat

(Adil Stabil.
 Tempang Pincang)




 
ILHAM MINDA 95
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EMPANGAN RASA ERANGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Jika banyak laku orang cemburu dan jika
banyak ragam orang geram.

22
Yang tua bertindak ikut kebiasaan tp yang
muda bertindak ikut keadaan.

23
Peraturan jika longgar ramai yang langgar
tetapi jika ketat ramai yang taat.


24
Berkonfrantasi saling pertikai tetapi ber-
konfromi saling berdamai.

25
Jika adil masyarakat stabil tetapi jika tem-
pang masyarakat pincang
.


26
Jika tak sudah mereka berbalah dan jika
tak selesai mereka bertikai.
   
27
Saling berbincang datang peluang teta-
pi saling berdengki hilang rezeki.


28
Jika ragu-ragu usah meniru-niru dan ji-
ka takut-takut usah terikut-ikut. 

19
Ulang-ulang buat datang minat tetapi
alang-alang buat hilang semangat.


30
Jika awal-awal tak dapat dikawal ma-
ka akhir-akhir jadi kucar-kacir.


 
Aram 95(c)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment