Tuesday, 18 February 2014

Malas Belajar Menjadi Pandir | Malas Berikhtiar Menjadi Fakir

(Mulut Mencarut.
 Lidah Menyumpah)





ILHAM MINDA 94
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EJEKAN RASA ENJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


41
 Malas belajar menjadi pandir dan 
malas berikhtiar menjdi fakir.

42
Yang berjaya lebih gembira tetapi
yang gagal lebih kesal.


43
Yang lalai buat perangai dan yang
jahat buat tabiat.

44
Bersama tak bekerjasama dan ber-
buat tak bermaufakat.


45
Tinggal sebumbung tak berhubung dan
makan sedapur tak bertegur.

46
Terpengaruh anak akan patuh dan 
bersubahat anak akan buat.

   
47
Tak sabar jangan celopar dan tak ta-
tabah jangan menyumpah.

48
Tak ditegur nanti terlanjur dan tak di-
bentak nanati terlajak.


49
Menyumpah ikut sedap lidah dan
 mencarut ikut sedap mulut.

50
Bertengkar jangan celopar dan ber-
telagah jangan menyumpah.




Aram 94(e)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment