Monday 24 February 2014

Jika Terlalu Baik Orang Jentik | Jika Terlalu Ikhlas Orang Pulas

(Benar Berikrar.
 Salah Bersumpah)





ILHAM MINDA 94
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EJEKAN RASA ENJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Hilang minat kerana masalah dan hilang
semangat kerana musibah.


    52
Ditegur baik akur, ditegah baik ubah dan
dinasihat baik buat.

53
Usah marah orang tak kisah dan usah
geram orang tak faham.


 54 
Ikut jalan dekat beringat-ingat dan ikut
 jalan pintas berawas-awas. 

55
 Jika terlalu baik orang jentik dan jika 
terlalu ikhlas orang pulas
.


56
Berhati-hati jika rasa sangsi dan ber-
jaga-jaga jika rasa curiga.
   
57
Jika khayal ramai yang hanyut dan ji-
ka gagal ramai yang tersangkut.


58
Hukum alam mengikut kudrat dan hu-
kum hakam mengikut adat.


59
Jika benar lebih baik berikrar tetapi ji-
ka salah jangan bersumpah.


60
Salah jangan buat sumpah dan si-
lap jangan buat senyap.


 
Aram 94(f)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment