Sunday, 2 February 2014

Cepat Marah Lambat Meminta Maaf | Dapat Tulah Lambat Merasa Insaf

(Bersahabat Berkongsi.
Bersubahat Bersangsi)




ILHAM MINDA 91
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Cepat marah lambat meminta maaf dan da-
pat tulah lambat merasa insaf
.


22 
Benci itu kekuatan untuk yg lemah tp sim-
pati itu kelemahan untuk yg gagah.

23
Simpati jadi helah untuk yang lemah teta-
pi jadi muslihat untuk yang kuat.


24
Hilang rasa benci kerana dipuji tetapi hi-
lang rasa simpati kerana dicaci.

25
Sedikit berkongsi jika bersimpati tetapi ra-
mai mengeji jika membenci.


26
Yang bersahabat saling berkongsi tp yang
bersubahat saling bersangsi
.
   
27
Yang bersahabat saling membantu tp yg
bersubahat saling menipu.


28
Adat bersahabat sedia merepat dn adat
berkawan sedia bertahan.

29
Baik sabar walaupun sukar dan baik ta-
bah walaupun payah.

30
Cari penyelesaian bukan kesalahan dn
cari kedamaian bukan perbalahan.





Aram 91(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment