Sunday, 2 February 2014

Berubah Sikap Berubah Cakap | Beralih Rasa Beralih Cinta

(Hilang Semangat.
Hilang Matlamat) 

 



ILHAM MINDA 91
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA 
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

 
31
Kemewahan bukan keistimewaan dan ke-
susahan bukan penyiksaan


32
Kejar pangkat hilang sahabat dan kejar
gelaran hilang kawan.

33
Gilakan nama akhirnya merana dan gi-
lakan pangkat akhirnya melarat.


34
Berubah sikap berubah cakap dan ber-
alih rasa beralih cinta
.

35
Kemahuan perlukan kemampuan dan
keinginan perlukan keyakinan.


36
Terlalu penat hilang semangat dan se-
lalu sesat hilang matlamat
.
   
37
Jauh berjalan habis bekalan dan jauh
memburu habis peluru.


38
Lama berdagang habis modal dan la-
ma berbincang habis akal.

39
Pendaki tanpa tali, pengembara tanpa
peta dan pemburu tanpa peluru.


40
Jika pandang kiri rasa benci tetapi jika 
pandang kanan rasa berkenan.
 
 
Aram 91(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment