Wednesday 1 January 2014

Salahkan Orang Jika Susah | Susahkan Orang Jika Salah

(Boleh Berceloteh.
Dapat Mengumpat)





ILHAM MINDA 84
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ESTETIKA RASA ETIKA KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Buat dengan paksa itu payah tetapi bu-
at dengan rela itu mudah.


22
 Jika buat ikut suka-suka itu leka dan jika 
buat suka ikut-ikut itu hanyut.

23
Lembik kena jentik, lemah kena tohmah
dan lembut kena ugut.


24
Ditegah menyanggah, dilarang menye-
rang dan ditahan melawan.

25
Salahkan orang jika susah dan susah-
kan orang jika salah
.


26
Mengaku jangan menipu dan bersetu-
ju jangan mengampu.

27
Mahu tetapi lihat sambil lalu dan su-
 ka tetapi buat sambil lewa.

28
Gangguan tanpa tumpuan dan pandu-
an tanpa tujuan

29
Tak boleh banyak berceloteh dan tak
dapat banyak mengumpat.


30
Bising tak boleh bersaing dan pera-
san tak boleh berkawan
 
 
 
 
Aram 84(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment