Friday 3 January 2014

Fikir Jauh Buat Bersungguh-Sungguh | Fikir Lain Buat Bermain-Main

(Murung Berhitung.
Bimbang Bertimbang)





ILHAM MINDA 85
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENJAKAN RASA EJEKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Yang ikhlas kerja bersungguh tetapi
yang malas kerja bertangguh.


2
Fikir sekali buat berhenti-henti tp fi-
kir berkali-kali buat menjadi.

3
 Fikir jauh buat bersungguh-sungguh 
tp fikir lain buat bermain-main


4
Murung tak berhitung dan bimbang
tak bertimbang
.

5
Jika marah tak berhitung maka ka-
lah tak beruntung.


6
Yang jahil kerana tak tahu dan yang
degil kerana tak mahu.

7
Jika untung baik bersyukur tetapi ji-
ka buntung baik bertafakur.


8
Mudah leka jika beruntung dan mu-
dah lupa jika disanjung.

9
Yang rela jadi pembela dan yang pe-
ka jadi penguasa.


10
Kerana harta jadi leka dan kerana
kuasa jadi alpa.
 
 
 
 
Aram 85(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment