Sunday 8 December 2013

Tersangkut Lalu Terpaut | Terpikat Lalu Terikat

(Wang Terbuang.
Pangkat Terpecat)




ILHAM MINDA 73
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CITRAAN RASA CIPTAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Taat mengikut nasihat tetapi ing-
kar berbuat mungkar.


52
Gelabah jika riuh rendah tetapi
berani jika sunyi sepi.

53
Maaf tetapi tak lupa dan insaf
tetapi tak peka.


54
Janji mencipta mimpi tetapi stra-
tegi mencipta realiti.

55
Diberi meminta lagi dan diagih
 meminta lebih. 


56
Tak tenang menentang dan tak
tenteram berdendam.

57
Tersangkut lalu terpaut dan
terpikat lalu terikat.

58
Rupa hanya sementara teta-
pi akal terus kekal.

49
Gila wang terbuang dan gi-
la pangkat terpecat
.

60
 Kerana wang terhutang dan 
kerana harta tersiksa.
   
 


 
Aram 73(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment