Sunday 8 December 2013

Kaya Kerana Harta | Fakir Kerana Takdir

(Ada Berkira.
Untung Berhitung) 


 


ILHAM MINDA 73
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CITRAAN RASA CIPTAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
 Bergaya tak berupa dan berkuasa 
tak bersuara. 

 
42
Marah biar cepat sabar dan susah
biar cepat ikhtiar.

43
Marah lambat sabar itu mengalah
lambat berikhtiar.


44
Banyak lihat sedikit buat itu ba-
nyak tinggal sedikit amal.

45
Berharta sedikit menderma dan
berkuasa sedikit membina. 

 

46
Yang ada tak berkira dan yang
untung tak berhitung.

47
Yang kaya kerana harta dan
yang fakir kerana takdir.


48
Bukan jaminan berusaha teta-
pi keyakinan berjaya.

49
Lemah buat fitnah dan kurang
buat curang.


50
Ramai jangan lalai dan ku-
 rang jangan curang.     


 
Aram 73(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment