Wednesday, 4 December 2013

Tak Mulia Bergantung | Tak Hina Bercangkung

(Kaya Terhormat.
Papa Berhemat)





ILHAM MINDA 71
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CABARAN RASA CAGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Tangan menjulang menang tetapi
tangan menadah kalah.


22
Dipaksa untuk bersubahat dan di-
desak untuk terlibat.

23
Terpaksa barulah suka dan ter-
desak barulah hendak.


24
Ada kuasa usah memaksa dan
ada hak usah mendesak

25
Kian degil kian lembam dan ki-
an jahil kian waham.

26
Kaya yang terhormat dan pa-
pa yang berhemat
.

27
 Yang berkehendak memilih dan 
yang terdesak menagih.

28
Tak mulia bergantung dan tak
hina bercangkung
.

29
Terlena dalam berjaga dan ter-
kena dalam berpada.
   

30
 Bermimpi tanpa keruan dan 
mencari tanpa haluan. 
 
 
 
 
Aram 71(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment