Tuesday, 3 December 2013

Sakit Anak Ibu Yang Bendung | Sulit Anak Bapa Yang Tanggung

(Terhulur Jujur.
Beralas Ikhlas)





ILHAM MINDA 71
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CABARAN RASA CAGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Yang bijaksana ambil cakna tetapi
yang salah ambil mudah.


12
Kata isteri ada penilaian dan kata
suami ada penyelesaian.

13
Sedih ibu tiada hentian dan pe-
dih bapa tiada tepian.


14
Sakit anak ibu bendung dan su-
lit anak bapa tanggung
.

15
Berkehendak tiada agihan dan
terdesak tiada pilihan.


16
Kecundang tak menang dan
kalah tak pasrah.

17
Jika susah baik ikhtiar dan jika
salah baik belajar.


18
Ikhlas tangan terbuka dan je-
las fikiran terbuka.

19
Terbuka bersedia dan tergeng-
gam berazam.

   
20
Jika terhulur lebih jujur dan ji-
ka beralas lebih ikhlas.



 
Aram 71(b)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment