Wednesday, 4 December 2013

Mulia Dalam Kepapaan | Hina dalam Kekayaan

(Berhelah Lelah.
Berdalih Letih)





ILHAM MINDA 71
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CABARAN RASA CAGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Tak upaya guna tipu daya dan tak
betah guna tipu helah.


32
Risau jika kacau-bilau dan serabut
jika kalang-kabut.

33
Kalang-kabut terbantut dan huru-
hara tergendala.


34
Yang mewah beringat dan yang
susah berjimat.

35
Terlalu kaya membazir dan ter-
lalu papa berzikir.


36
Mulia dalam kepapaan dan hi-
na dalam kekayaan
.

37
Tabah dalam kesulitan dan ke-
bah dalam kesakitan.


38
Jatuh tetapi senang dan lum-
puh tetapi tenang.

39
Cemburu dapat malu dan 
dengki dapat keji.

   
40
Berhelah jika lelah dan ber-
dalih jika letih
.




Aram 71(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment