Tuesday, 8 October 2013

Survival For Revival | Revival For Renewal

(Ledakan Informasi.
Desakan Globalisasi)
 



MUKADIMAH
(Ucap Utama Pengetua)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Kadang-kadang rasa terpinggir oleh arus perubahan tetapi rasa selamat. Sedangkan ledakan informasi dan desakan globalisasi menjadikan dunia semakin kecil tetapi semakin terbuka, menjadi borderless world dengan new frontiers. Hinggakan tidak ada ruang yang tidak diterokai dan tidak ada peluang yang tidak dieksploitasi.

Carilah apa yang telah dianugerahkan 
Allah kepadamu negeri akhirat dan jangan
 lupa bahagianmu di dunia.
(Al Qashash: 77)

Sebenarnya rasa selamat hanyalah a false sense of security kerana jaringan IT telah memulakan gelombang Third Wave (Avin Tofler), yang membudayakan kehidupan dan  pemikiran. Momentumnya pula mencetuskan ripple effect ke  arah borderless institution yang akan menjana borderless pedagogy. Juga akan mencetuskan global thinking ke arah borderlesss mind. Justeru Bestari perlu diberi tafsiran global dan pengertian sarwa jagat. Bahawa Pendidikan Bestari is a way of life, merentasi tembok sempadan dan jarak masa.

 Bagaikan akar yang menunjang dan ranting 
yang menjulang
(Aram)

Bestari bukan sahaja membawa perubahan dalam proses pendidikan tetapi juga mengubah paradigma profesion dan amalan pengurusan. Justeru marilah kita mulakan Bestari untuk turning ideas into reality, dengan meningkatkan keupayaan intelek guru dan jangkaan masa depan (future expectation). Setertusnya meningkatkan prestasi para pelajar untuk kejayaan yang berterusan demi survival for revival and revival for renewal (Aram)  untuk menghadapai masa depan dan new frontiers yang penuh dengan cabaran dan persaingan.

 Dan pada dirimu sendiri mengapa tidak 
kamu renungkan.
(Adz Dzariyat: 21)

Demikian pengurusan Bestari sebagai the art of making information technology operationalized through intellectual strategy (Aram) yang berlandaskan IT (Iman,Takwa) sebagai tonggak, yang bercirikan 3I (Iltizam, Istikamah, Ihsan) dan 3T (Tulis, Telus, Terus).


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu
 

 






No comments:

Post a Comment