Saturday 21 September 2013

Mematuhi Responsibiliti | Mengakuri Akauntabiliti

(Menjaja Impian.
Menaja Harapan)


 



 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Pengurusan)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Perjumpaan ini merupakan a word in season, peringatan untuk mematuhi professional responsibility dan mengakuri professional accountability sebagai satu maxim atau pedagogical ethics. Tidak dinafikan dalam diri kita ada kesilapan dan dalam hati kita ada keraguan tetapi kadang-kadang kebenaran datang kalau kita allow a margin for error dan kepastian itu datang kalau  kita give the benefit of the doubt.

 Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya 
peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.
(Adz Dzariyat: 55)

Mengurus agenda pendidikan memerlukan practical wisdom, intellectual honesty dan professional commitment. Kalau tidak kita hanya ‘menjaja impian menaja harapan’ dan sekadar ‘menurut perintah’. Akhirnya kita terperangkap dalam anxiety of nothingness  dan sindrom ABC (Amalan Berulang Cara). Akhirnya kita terpinggir dalam attitude of solitude. Justeru sebagai pengamal pendidikan kita mesti membawa word of honour (janji profesion) dan virtues of  a good teacher (nilai profesion).

 Anxiety Of Nothingness
Melihat masalah sebagai halangan
Melihat kesilapan sebagai kerugian
Menganggap pembaharuan sebagai kegagalan
Menganggap perubahan sebagai rombakan
Menerima kegagalan sebagai suratan
Menerima kejayaan sebagai nasib
(Aram)

Untuk mengelak more or less the same kita perlu membuat  analisis SWOT  secara introspectif (penilaian kendiri) dan retrospektif (peninjauan kembali), khususnya mengkaji semula  dan menilai kembali program sebagai satu continuity dan sebagai direct fertilizer untuk ‘ranting menjulang’ (berilmu) dan ‘akar menunjang’ (berbudaya). Sesungguhnya kejayaan hanya tercipta dari rangkaian kegagalan dan kekecewaan yang mencetuskan kesedaran, keyakinan dan komitment.

Dan Bahawasanya seseorang itu tidak memperolehi
selain daripada apa yang telah diusahakannya.
(Al Najm: 39)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu
 


No comments:

Post a Comment