Sunday 18 August 2013

Kecundang Tanpa Rasuah | Menang Tanpa Maruah

(Kian Dicabar.
Kian Bersabar)


 


ILHAM MINDA 49
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DISANGGAH RASA DICANGGAH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Jika kalah jangan bermasalah dan jika menang
jangan berhutang.


52
Lebih baik kecundang tanpa rasuah daripada
menang tanpa maruah.

53
Yang menang kerana rasuah adalah yang ka-
lah tanpa maruah.


54
Biar kalah jangan  bersalah dan biar kecun-
dang jangan berhutang.

55
Banyak bercakap kurang berfikir dan banyak
silap kurang mahir.


56
Resah dulu tenang kedian, susah dulu senang
kedian dan kalah dulu menang kedian.

57
Muda kian bersemangat jika dicabar tetapi
tua kian beringat jika diselar.


58
Yang muda kian dicabar kian berkobar tetapi
yang tua kian dicabar kian bersabar.
   
59
Terlalu sukar mereka tak berikhtiar tetapi ter-
lalu penat tak bersemangat.


60
Saling mengeji jika terlalu benci dan saling
menyumpah jika terlalu marah.




 
Aram 49(f)
Teratak Seriterai












No comments:

Post a Comment