Wednesday, 24 July 2013

Mata Melihat Rupa | Budi Menambat Hati

(Geram Tak Puas.
Dendam Tak Lepas)







ILHAM MINDA 47
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIRAJUK RASA DIBUJUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Yang diutuskan untuk penyampaian dan yang
diputuskan untuk penyelesaian.

42
Yang terpendam menjadi dendam dan yang
membara menjadi bahaya.

43
Dalam keramaian ada kedamaian tetapi da-
lam keseorangan ada ketegangan.


44
Jangan percaya selagi tak mencuba dan ja-
ngan mengaku selagi tak bersetuju.

45
Semakin dipujuk semakin merajuk dan se-
makin merajuk semakin mengutuk.


46
Geram tak puas selagi tak lepas dan den-
dam tak berbalas selagi tak puas
.

47
 Rupa itu menarik dosa kerana cantik kita 
asyik dan kerana buruk kita kutuk.


48
Kerana rupa kita alpa, kerana harta kita
lupa dan kerana kuasa kita gila.

49
Mata hanya dapat melihat rupa tetapi bu-
di juga dapat menambat hati
.

   
50
Yang tak upaya cuba memperdaya dan
yang tak mampu cuba mengampu.
   

 



 
Aram 47(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment