Wednesday 24 July 2013

Kaya Kerana Harta | Fakir Kerana Tkdir

(Sesat Di Darat.
Hanyut Ke Laut)







ILHAM MINDA 47
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIRAJUK RASA DIBUJUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang dicongak tidak menjadi tonggak dan
yang dibilang tidak menjadi terbilang.


32
Mencongok menjadi bongok, menunggu men-
jadi layu dan menanti jadi mati.

33
Kalau apa yang dicuba itu tidak pasti maka
apa yang diusaha itu tidak menjadi.

34
Kalau apa yang  kita buat itu ibadat maka apa
yang kita dapat itu rahmat.

35
Kalau yang dihajat tidak bersungguh maka
yang dibuat sentiasa bertangguh.

36
Kadang-kadang yang sedikit menjadi bukit te-
tapi yang banyak menjadi semak.

37
Lebih baik lagi hanyut ke laut daripada ter-
sesat di darat dan melata di rimba.

38
Jika kurang sabar jangan mencabar dan jika
kurang tabah jangan menyanggah.

39
Yang kaya  bergantung kepada harta dan
yang fakir bergantung kepada takdir.

   
40
Berhutang duit membawa penyakit tetapi-
berhutang budi dibawa mati.


 



 
Aram 47(d)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment