Monday 29 July 2013

Jinak Menjadi Denak | Tampan Menjadi Umpan

(Culas Dipulas.
Hampas Dihempas)






 
ILHAM MINDA 48
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIKUIT RASA DIKAIT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
 Kadang-kadang jika puas ia menjadi malas 
dan jika malas ia menjadi culas.


42
 Berhempas pulas kerana yang culas dipulas 
dan yang hampas dihempas.

43
Pandai bercakap tetapi tak cekap dan bijak
berfikir tetapi tak mahir.


44
Jinak menjadi denak, tampan menjadi umpan
dan kuat menjadi alat.

45
Yang buat hingar tak mendengar dan yang bu-
at riuh tak bersungguh.


46
Yang berdalih tersisih, yang mungkir tersingkir
kdan yang mungkar terlantar.

47
Jika cerdik jangan mengherdik dan jika pin-
tar jangan menyelar.


48
Jangan ingkar nanti diselar dan jangan mung-
kir nanti disingkir.
   
49
Terlalu marah mudah hilang sabar dan terla-
lu pasrah mudah hilang ikhtiar.

   
50
Mujur menghulur untung mengunjung tetapi
malang mengundang rugi mencari.


 



 
 Aram 48(e) 
Teratak Seriterai



No comments:

Post a Comment