Tuesday 18 June 2013

Rayuan Didahulukan | Permohonan Diperkenankan

 (Solat untuk rahmat.
Taubat untuk selamat)



(184)
‘Kesalahan’
Bicara Tok Ngah
27 Julai 2011
9.47 pagi

 ARAM 

Yang berbuat baik
mendapat pahala
tetapi yang berbuat jelik
mendapat dosa.
Pahala itu akan
membawa kita ke syurga
tetapi dosa itu akan
membawa kita ke neraka.
Justeru
sebelum kita dihukum
lebih baik memohon ampun
dan sebelum kita disebat
lebih baik memohon taubat.


Banyakkan solat
untuk rahmat
dan banyakkan taubat
untuk selamat.
Percayalah, 
setiap rayuan
akan didahulukan
dan setiap permohonan
akan diperkenan

 Justeru
hanya dengan doa yang tulus
kesalahan akan terhapus
dan hanya dengan penuh keinsafan
kesalahan itu akan dimaafkan.


 
Ampunilah kami
dosa-dosa kami dan hapuskan-
lah dari kami segala kesalahan-
kesalahan
kami

(Ali ‘Imran: 193)




 
Arambayu 184
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment