Wednesday 26 June 2013

Lemah Kerana Bercanggah | Kalah Kerana Berbalah

(Bersatu mampu.
Bermuafakat kuat)
 


 
 
(186)
‘Manfaat’
Bicara Tok Ngah
30 Julai 2011
6.14 sore

 ARAM 

Semakin ramai
semakin kita lalai.
 Kadang-kadang
apabila ramai yang memihak
kita menjadi bongkak
dan apabila ramai yang menyokong
kita menjadi sombong.
Bertambah jumlah
bukan bererti kita gagah
dan seribu angka
bukan bererti kita berkuasa.


Kita tidak akan mampu
kalau tidak bersatu

dan kita tidak akan kuat
kalau tidak bermuafakat
.
Malah kita lemah
kalau saling bercanggah

dan kita kalah kalau saling berbalah.
Sesungguhnya
kita lemah bukan kerana musuh ramai
tetapi kita lalai
dan kita kalah bukan kerana musuh gagah
tetapi kita lemah.

 
 



 
Maka jumlah
yang banyak itu tidak
memberi manfaat kepada-
mu sedikitpun
(At Taubah: 25)

 




 
Arambayu 185
Teratak Seriteratai






No comments:

Post a Comment