Tuesday, 9 April 2013

Beramal Lebih Tawakal | Beriman Lebih Aman

(Angkuh sesat.
 Patuh selamat)






(160)
‘Keimanan’
Bicara Tok Ngah
23 Jun 2011
11.19 pagi

 
ARAM

 
 Yang tabah 
sentiasa mendapat hidayah
dan yang tawaduk
sentiasa mendapat petunjuk.
Semakin tabah
semakin berserah
dan semakin tawaduk
semakin menunduk.
Hanya yang beramal
hatinya tawakal

dan hanya yang beriman
hidupnya aman
.


 
Sesungguhnya
orang yang patuh
sentiasa berada
di jalan yang selamat
tetapi orang yang angkuh
sentiasa berada
di jalan yang sesat.
Semakin selamat
semakin mendapat rahmat
tetapi semakin sesat
semakin mendapat laknat.
Rahmat itu membawa
yang patuh ke syurga
tetapi laknat itu membawa
yang angkuh ke neraka.

 




 
Mereka 
diberi petunjuk oleh
Tuhan mereka kerana
keimanan mereka.

(Yunus: 9)

 
 


 
Arambayu 160
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment